Free Tree Society

Free Tree Society Kuala Lumpur menjadikan hijau sebagai arus perdana! Sejak 2012 kami telah bekerja tanpa jemu untuk memberi inspirasi kepada komuniti penjaga alam sekitar melalui pemberian pokok secara percuma dan menghasilkan pelbagai aktiviti berasaskan alam semula jadi.

Kami berusaha untuk meraih kuasa impak komuniti dengan menjemput sukarelawan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti perkongsian pengetahuan yang menyeronokkan, meningkatkan kesedaran tentang sains kemerosotan alam sekitar dan mengagihkan sumber (seperti #freetrees!) untuk memperkasakan penggunaan amalan lestari. Program kami bertujuan untuk mempercepatkan pembinaan minda dan budaya Malaysia yang lebih hijau.

Selain daripada bengkel perkebunan dan penanaman, bidang kesedaran alam sekitar seperti pengurusan sisa, penuaian air hujan, tenaga dan perubahan iklim, pemuliharaan hutan, dan biodiversiti adalah antara topik yang Free Tree Society kerap mendidik kepada masyarakat yang merangkumi kumpulan korporat, pelajar semua umur, dan orang awam. Aktiviti kami dijalankan secara langsung di tapak-tapak semaian tumbuhan yang cantik dan juga di hutan bandar. Kami juga mengadakan bengkel dan ceramah dalam talian menggunakan gabungan bahan langsung dan prarakaman untuk menyediakan peluang pembelajaran alam sekitar di luar Lembah Klang, untuk menjangkau seluruh Malaysia dan diluar !

Free Tree Society menggalakkan pelaksanaan instrumen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan matlamat global mengenai isu alam sekitar, pembangunan mampan, perubahan iklim, dan penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab.

Untuk mengetahui cara anda boleh mengambil bahagian dalam aktiviti kami dan mengetahui lebih lanjut mengenai cara untuk menyelamatkan planet ini, terokai tapak web kami (klik untuk program awam, belia atau korporat) atau ikuti akaun media sosial kami untuk mendapatkan maklumat terkini!

Kami berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia sebagai Free Tree Society Kuala Lumpur PPM-010-14-21052012, sebuah pertubuhan sivil persekitaran yang tidak berasaskan keuntungan. Kami kini sedang dalam proses untuk mengubah perlembagaan kami bagi membolehkan kami menjadi sebuah organisasi nasional, Free Tree Society Malaysia. Walaupun proses ini masih berterusan dan dijangka memakan masa beberapa bulan, kami komited untuk melalui fasa menarik ini untuk kemajuan organisasi kami.

Senarai Pemberian Pokok

Sehingga 31 Oktober 2022, kami telah memberi lebih daripada 50,000 pokok secara percuma. Oleh sebab kami berpegang kepada ketelusan, klik di sini untuk melihat siapa yang telah kami berikan pokok-pokok tersebut kepada!

Pasukan Kepimpinan

Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) kami memastikan setiap perkara berjalan lancar, membolehkan kami terus bergerak maju.

Baida Hercus, Presiden & Pengasas
Yasmin Masidi, Naib Presiden
Tay Rey Geok, Bendahari
Adhuna Kamarul Ariffin
Adhuna Kamarul Ariffin, Setiausaha
Zaizurita Abdul Rahman, Ahli Jawatankuasa & Pengasas
Melissa Tan
Melissa Tan, Ahli Jawatankuasa
Rubanayagi Nackeeran, Ahli Jawatankuasa

Pasukan Program

Pasukan Program kami melaksanakan tugasan seharian, dari komunikasi hingga sesi sukarelawan.

Baida Hercus, Direktor Strategi & Operasi
Rina Omar,
Pengurus Program On-the-Go
Lydia Lubon, Pengurus Program Nurseri Bangsar
Aliah Rahim,
Pengurus Program Taman Tugu
Carolyn Lau, Pengurus Besar & Pengurus Program Pulai Trail
Joanne Yee,
Talian Perkhidmatan
Amin Hamzah,
Pembantu On-the-Go & Pembantu Program Bersekutu
Raja Azlan Shah, Pembantu Nurseri Bangsar & Pembantu Program Bersekutu
Zee Lee,
Pembantu Taman Tugu & Pembantu Program Berseketu
Nordiyana Aini,
Pengurus Projek KPARC

Hubungi Kami

Sekiranya anda ingin menjadi sukarelawan atau menyertai aktiviti program sosial korporat (CSR) bersama kami, sila rujuk halaman ini untuk maklumat lanjut. Kami juga mempunyai halaman khusus untuk program belia/program sekolah iaitu Free Tree Society On-the-Go.



Sudahkah anda mendaftar bagi senarai mel kami?