Kesukarelawanan

Dari menanam tumbuh-tumbuhan hijau kepada memastikan stok di kedai pop-up sentiasa ada, terdapat tugas untuk semua orang. Pengalaman berkebun tidak diperlukan.

Masa Untuk Menanam

Individu, kumpulan, sekolah, syarikat – semua orang boleh menjadi sukarelawan!       

Memberi Dari Rumah Anda Sendiri

Mempunyai sedikit ruang dan cahaya matahari? Atau mempunyai kebun anda sendiri? Marilah!

Pembinaan Pasukan Korporat

Alami pengalaman di nurseri bersama rakan sekerja anda. Sesi BBQ juga boleh dilaksanakan.

Pilih Pengalaman Kesukarelawanan Anda

Tukang Kebun Sukarelawan mengerah tenaga di tapak semaian kami dan memastikan tugasan berjalan lancar. Semua tanaman kami dibiakkan dan dibesarkan oleh seseorang seperti anda.

Nurseri Bangsar

Gardening in Bangsar

Nurseri utama kami.

Taman Tugu

Teak seeds

Taman hutan bandar.

Denai Pulai

Oudemansiella fungi on a tree at the Pulai Trail.

Sebuah denai di bandar.

Sila baca semua maklumat mengenai aktiviti kesukarelawanan ini sebelum menghantar e-mel kepada kami. Semua sesi kesukarelawanan memerlukan tempahan awal kerana tempat adalah terhad bagi setiap sesi. Sila rujuk halaman yang berkenaan untuk maklumat lebih lanjut.

Berbakti Dari Rumah

Suburkan cinta anda terhadap alam sekitar kita dari rumah. Berikut adalah cara anda boleh menyumbang kepada operasi nurseri Free Tree Society.

Benih & Keratan

Semakin banyak kita tanam, semakin banyak kita dapat memberi! Jangan buang benih atau keratan dari kebun anda – sumbangkanlah ia kepada kami supaya kami dapat ‘mengubahnya’ menjadi pokok percuma! Sila ambil maklum bahawa benih tropika adalah terbaik ditanam segar.

Simpan Pasu & Dulang Anda

Kami juga sedia menerima pasu yang anda tidak ingini lagi. Kami akan menggunakannya untuk pembiakan tanaman baru. Boleh anda bantu? Pasu walau apa jenis saiz diterima (tanah liat/plastik/dulang benih/palung). Harap tanah lama dapat dibersihkan terlebih dahulu.

Mewujudkan Nurseri Mini

Wujudkan nurseri dan curahkan kasih sayang anda kepada beberapa anak benih untuk kami di kebun anda sendiri. Kami akan membantu anda untuk membuat persediaan. Pekebun yang berpengalaman adalah amat dihargai. Sila pastikan anda mempunyai masa untuk menjalankan tugas ini.

Menyediakan Tanaman

Sediakan tanaman yang boleh digunakan sebagai bekalan benih atau keratan. Secara amnya, kebanyakan orang menyukai tanaman yang berguna atau yang cantik, jadi jika tanaman anda memenuhi kriteria tersebut, kami besar kemungkinan inginkannya!

Mantapkan Perbendaharaan

Pertimbangkan untuk mengadakan acara menanam pokok herba di kawasan kejiranan anda atau makan malam berasaskan sayur-sayuran bersama rakan anda untuk mengumpul derma supaya FTS boleh terus beroperasi.

Sertailah Pasukan FTS

#TeamFTS

Tukang Kebun Dikehendaki

Kami adalah doktor, suri rumah, ahli akademik, pakar herba, aktivis, pekerja bebas dan pakar alam sekitar. Sukarelawan di FTS mencerminkan nilai yang terbaik dari Malaysia dan memastikan kami terus maju.

Dewi Air

Antara faktor yang menyumbang kepada kemampuan FTS dibuka dua hari seminggu adalah kerana dewi air kami yang sanggup meluangkan masa untuk memastikan tanaman di sini kekal terhidrat dan meningkatkan kadar kelangsungan hidupnya.

Pencipta Kandungan

Sekeping gambar membawa seribu satu cerita. Namun, kisah kami tidak ditulis – atau dilukis – sendiri. Menyampaikan makna dan keindahan itulah peranan pasukan komunikasi dan reka bentuk kami.

Sertailah Pasukan HQ

Mempunyai kepakaran dan masa selama 4 hingga 5 jam seminggu untuk membantu pasukan kami melaksanakan tugasan? Sekiranya anda mempunyai pengalaman selama 7+ tahun dalam mana-mana bidang di bawah dan berminat dengan apa yang kami lakukan untuk alam sekitar, kami menjemput anda untuk berhubung dengan kami!

Komunikasi

Pereka Grafik
Menghasilkan grafik yang menarik untuk laman web dan media sosial kami.

Pakar Media Sosial
Menghasilkan hantaran dan kempen berskala kecil yang menarik serta menghasilkan video pendek untuk saluran media sosial kami.

Pembangun Laman Web
Membantu penyelenggaraan laman web kami dan mengemas kini halaman mengikut keperluan.

Penulis
Melengkapkan bahan pemasaran dan isi kandungan program pendidikan kami. Para pendidik amat dialu-alukan!

Mendidik

Pemimpin Bengkel
Jalankan bengkel-bengkel menarik yang menarik perhatian orang awam mengamalkan gaya hidup lestari.

Menyebarkan Perihal Alam Sekitar
Rancangkan ceramah Iklim Realiti, sesi pemberian dan/atau sesi menanam di komuniti, tempat kerja atau sekolah anda. Kami mendengar permintaan dari anda yang berada di negeri lain yang mahu kami datang melawat – kami akan turun padang sekiranya anda dapat membawa kami ke sana!

Ketua Pasukan
Mengetuai sesi sukarelawan di nurseri kami untuk mencipta lebih ramai lagi pejuang alam sekitar dan menjadi pemangkin perubahan.

Pengumpulan Dana

Penggerak
Aturkan kempen kreatif, jual kek cawan, laksanakan maraton, kejar badut demi pengumpulan derma agar FTS dapat terus berkembang.

Sukarelawan ibu pejabat biasanya bekerjasama dengan pasukan kami dari jarak jauh selama 4+ jam seminggu bagi tugasan khusus dan terhad yang membantu organisasi kami berkembang. Oleh sebab sifat kerja yang mandiri ini, ia dapat disesuaikan pada hari kerja, waktu malam dan juga hujung minggu – pasti ada sesuatu untuk dilakukan di FTS sepanjang minggu!