Keahlian

Sertailah Free Tree Society Kuala Lumpur sebagai ahli berbayar. Untuk menjadi sukarelawan, anda tidak semestinya menjadi ahli. Berikut adalah jenis keahlian kami:

Keahlian Penuh (Tahunan)Yuran tahunan sebanyak RM100.

Terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap atau bekerja atau kedua-duanya di Kuala Lumpur.
Keahlian Bersekutu (Tahunan)Yuran tahunan sebanyak RM80.

Terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap dan bekerja di luar Kuala Lumpur.
Keahlian Seumur HidupBayaran sekali sebanyak RM1,000.

Terbuka kepada warganegara Malaysia yang menetap atau bekerja atau kedua-duanya di Kuala Lumpur dan telah menjadi ahli penuh bagi sekurang-kurangnya dua tahun.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, depositkan yuran yang ditentukan kepada Free Tree Society Kuala Lumpur RHB 21427700060040 dan hantarkan e-mel dengan bukti pembayaran anda ke info@freetreesociety.org bersama-sama dengan nama penuh, kad pengenalan, nombor telefon dan alamat anda. Kami akan menghubungi anda dalam masa 3 hari bekerja.

Bukan warganegara Malaysia? Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, kami tidak dapat membuka keahlian kami kepada penduduk Malaysia yang bukan warganegara. Namun, kami amat mengalu-alukan dan menghargai penyertaan anda sebagai pasukan sukarelawan kami. Harap anda dapat mempertimbangkannya untuk menjadi sebahagian daripada Team FTS!

#PowerPlantChallenge

Kami sedang memimpin sebuah gerakan untuk menanam 160 billion pokok untuk menghentikan bencana iklim yang tidak dapat dielakkan kini.

Sesuai dengan definisi standard kami mengenai power plant, gerakan ini akan memberikan sebuah tafsiran baru kepada penyebab utama isu krisis iklim Bumi dan mengubah kedua-dua makna dan bencana yang akan datang. 

Para Saintis membuktikan bahawa pengurangan pelepasan gas rumah hijau hanyalah sebahagian daripada kaedah penyelesaian isu krisis iklim. Karbon dioksida masih perlu dikurangkan secara besar-besaran dari ruang atmosfera sebagai usaha menstabilkan situasi krisis yang dihadapi ini. Penyelesaian berteraskan alam semula jadi untuk memulihara dan memelihara penyerap karbon semula jadi merupakan bahagian kedua dalam usaha menyelesaikan krisis ini dengan mengurangkan kepekatan karbon dioksida di ruang atmosfera – Setiap seorang daripada kita mampu menyumbang kepada pembangunan kelestarian alam sekitar dengan cara termudah, iaitu menanam lebih banyak pokok!

Sekiranya setiap seorang manusia menanam 20 batang pokok, kita boleh bersama-sama melakukan usaha pragmatik untuk memiliki 180 bilion batang pokok di bumi – ini bermakna 20 batang pokok digandakan dengan hampir 8 bilion populasi manusia. Inilah sebuah bentuk penyelesaian krisis alam sekitar berasaskan alam semula jadi yang sangat luar biasa.

Kami menggelarkan usaha ini sebagai #PowerPlantChallenge dan matlamat anda hanyalah untuk menanam 20 batang pokok.

Apakah jenis dan saiz pokok yang boleh dikira? Bayangkan sebuah pokok yang boleh menjadi tempat teduhan yang redup buat anda pada suatu hari nanti. Saiz pokok yang dimaksudkan adalah seperti pokok mangga dan bukannya pokok selasih ya!

Di mana saya boleh tanam pokok tersebut? Sekiranya anda tidak mempunyai ruang yang mencukupi di rumah anda, mungkin anda boleh memulakan projek ini sebagai sebuah projek komuniti, sekolah atau buah tangan kepada rakan dan keluarga yang pulang ke kampung. Inilah masanya untuk menggunakan kreativiti anda – kami percaya bahawa anda boleh menjayakan aktiviti ini!

Maka, pastikan anda melengkapkan cabaran dan aktiviti penanaman 20 batang pokok ini sepantas yang mungkin!

Gerakan #PowerplantChallenge akan menjadi tunjang harapan bagi menghadapi bencana iklim.

Mengubah #PowerPlantChallenge kepada sebuah Gerakan Global

Operasi untuk perang ini adalah sederhana, tumpuan berfokus kepada komuniti, berimpak tinggi, kaya dengan kajian,  berskala dan mampu dicapai dengan usaha yang minimum. Bagi menyokong gerakan penting ini, anda boleh menghubungi baida@freetreesociety.org untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan cara untuk menjadi penaja korporat strategik.

Kami percaya bahawa pemimpin yang mengutamakan kemampanan dan kelestarian alam sekitar dapat melihat potensi dalam menyokong #PowerPlantChallenge ini. Rakan kongsi strategik akan menjadi kunci kejayaan dalam menggerakkan masyarakat, membiayai sumbangan dan memberi inspirasi melalui kreativiti. 

Hasil bagi pihak pemegang taruh merangkumi:

  • Kepimpinan alam sekitar melalui inovasi
  • Sokongan pelbagai aspek dari akar umbi dan penyelesaian sedia ada bagi rujukan CSR (Tanggungjawab Sosial Korporat).
  • Pendedahan positif untuk mewujudkan muhibah, harapan dan perpaduan dalam konteks tempatan, nasional dan global. 
  • Penciptaan komuniti global yang berfokus kepada kelestarian dan pemuliharaan.
  • Menyelamatkan dunia seperti yang kita ketahui.

Free Tree Society adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak berasaskan keuntungan yang bergantung kepada sumbangan daripada syarikat-syarikat dan orang ramai untuk meneruskan kerja kami.

Program Semasa

Denai Pulai: Kami sedang giat mencari dana sumbangan bertujuan untuk pemuliharaan hutan komuniti bandar ini. Denai Pulai adalah sebuah hutan sekunder, berkeluasan 13 ekar yang telah lama tidak digunakan di Bukit Perseketuan (Federal Hill), di mana ianya terletak berhampiran dengan Nurseri Bangsar kami. Matlamat utama kami adalah untuk mengembangkan potensinya sebagai kawasan hijau bagi penduduk tempatan dan pemuliharaannya. Jumlah tajaan sebanyak RM 4000 sebulan membolehkan tenaga pekerja dan sukarelawan kami untuk menyelenggara laluan Denai Pulai tersebut, sekaligus membantu dalam proses pemulihan hutan serta biodiversitinya. Dalam masa yang sama, tajaan dana tersebut juga dapat digunakan dalam kerja-kerja advokasi untuk memperjuangkan perlindungan undang-undang hutan bandar yang ternyata berharga ini. Meskipun jumlah kos bulanan yang diberikan adalah sejumlah nilai yang tinggi, pihak kami sentiasa mengalu-alukan sebarang jumlah tajaan, kecil atau besar.

Senarai Keinginan

Program Jalan Kaki Malam Belia (B40) Mari bawa anak-anak keluar dan perkenalkan mereka kepada dunia lain! Dana berjalan malam berpandu untuk belia yang kurang bernasib baik yang dikendalikan oleh pakar herpetologi yang menarik untuk mengalami apa yang berlaku di hutan bandar pada waktu malam: makhluk apa yang bekerja, mengintai, tidur atau bersinar dalam gelap! Jalan kaki ini direka untuk meningkatkan kesedaran, rasa hormat dan penghargaan terhadap Denai Pulai sebagai penyedia perkhidmatan ekosistem bandar. Sumbangan sebanyak RM1000 akan menampung yuran Pemandu Malam, Pakar Herpetologi, pengangkutan, makanan ringan untuk 8 belia B40 tempatan, dan lampu depan.

Sekiranya anda ingin menderma, sila membuat pemindahan dalam talian ke:
Free Tree Society Kuala Lumpur RHB 21427700060040.

Hantarkan salinan slip pemindahan tersebut melalui e-mel untuk rekod kami dan supaya kami boleh menyediakan resit. Sila nyatakan sekiranya sumbangan anda adalah khusus untuk salah satu dana di atas. Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan anda.