Nurseri Taman Tugu

Terokai jejak hutan dan jadilah sebahagian daripada biodiversiti di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur.

Free Tree Society menjalankan program peningkatan kemahiran tentang pendidikan alam sekitar dengan kerjasama bersama Taman Tugu Project Development Sdn. Bhd: Program Pendidikan Alam Sekitar Taman Tugu-Free Tree Society, ditaja oleh CIMB Islamic Bank Berhad.

A tree in Taman Tugu from below

Taman Tugu adalah kawasan hijau awam terbaharu di Kuala Lumpur: taman hutan bandar seluas 66 ekar ini terletak di Jalan Parlimen. Kawasan ini mempunyai sejarah yang lama: pada awalnya, ia merupakan kawasan perumahan bagi pegawai penjajah Inggeris dan setelah merdeka, bagi pegawai kerajaan Malaysia dan penjawat awam. Setelah beberapa lama dibiarkan, Taman Tugu kini menjadi sebuah hutan dalam pemulihan. 5,000 pokok yang terdiri daripada lebih dari 230 spesies hutan hujan asli telah diperkenalkan semula di kawasan ini.

Sekitar 6.5km keluasan hutan ini kini dibuka untuk orang awam dengan selebihnya akan dibuka pada masa hadapan. Terdapat tandas, kemudahan mandi, surau dan tempat duduk di Nurseri Taman Tugu. Terdapat juga struktur berbumbung serbaguna yang boleh disewa untuk tujuan mengadakan acara.

A banyan tree at Taman Tugu

Apa yang kita buat di Taman Tugu Nursery?

Secara amnya, setiap sesi akan melibatkan pasukan Free Tree Society memimpin para sukarelawan menerusi:

  • Pengenalan kepada Free Tree Society
  • Perjalanan berpandu melalui hutan dengan serlahan ceramah pemuliharaan biodiversiti dan perubahan iklim
  • Ceramah Tentang Penyelesaian Alam Sekitar (Penuaian Air Hujan Dan Pengkomposan)
  • Bengkel Penanaman (pencampuran tanah, pembiakan dan pemindahan tanaman)
  • Pengurusan Nurseri (penjagaan tanaman dan penyelenggaraan nurseri)

Oleh sebab setiap pokok ditanam secara lestari, mereka memerlukan penjagaan yang rapi. Pengurusan nurseri untuk sukarelawan turut melibatkan pemindahan, pembiakan, pembajaan dan penyiraman tanaman, kawalan perosak – apa sahaja yang perlu dilaksanakan! Penanaman dan pemindahan tanaman di Nurseri Taman Tugu juga bertujuan untuk untuk menyediakan pokok hutan hujan asli bagi nurseri dan hutan bandar lain. Sukarelawan tidak akan menanam pokok di dalam hutan tetapi akan membantu menanam stok tapak semaian hutan percuma yang akan dikongsi dengan komuniti melalui program penghijauan kami. Sukarelawan juga mungkin akan diminta untuk mengumpulkan benih tanaman dari hutan.

Kami akan menyediakan semua peralatan untuk penanaman. Para sukarelawan disarankan untuk memakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk kerja-kerja berkebun di luar. Pakai seluar panjang dan baju lengan panjang untuk perlindungan dari nyamuk. Adalah wajar bagi para sukarelawan untuk membawa ubat nyamuk, krim pelindung matahari, topi dan pakaian salinan. Payung atau ponco mungkin diperlukan.

Etos kehijauan dan kelestarian menjadi tunjang bagi setiap aktiviti. Apabila anda menghadiri nurseri kami, sila cuba:

  • Perjalanan Hijau – menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta
  • Urus Sisa Anda – kitar semula di lokasi, mengompos, mengamalkan sisa sifar
  • Makanan & Minuman – bawa botol air anda sendiri; jika membawa bekalan makanan sendiri, sila pertimbangkan untuk menjadi vegetarian/vegan dan pastikan tiada plastik sekali guna (misalnya: straw, kutleri dan air mineral).

Sebagai sebahagian daripada usaha sisa sifar kami, FTS tidak menerima hadiah/token seperti kemeja-T dan koleh. Walaupun kami menghargainya, pertimbangkanlah untuk membuat sumbangan buat program kami.

Bagaimana Untuk Menempah Sesi Sukarelawan?

Sila baca semua maklumat mengenai kesukarelawanan ini sebelum menghantar e-mel kepada kami. Anda MESTI membuat tempahan awal untuk menjadi sukarelawan kerana tempat adalah terhad kepada 30 orang bagi setiap sesi. Sila klik butang oren di bawah dan hantarkan e-mel kepada kami dengan nama, butiran hubungan dan jumlah orang dewasa dan kanak-kanak (sila nyatakan umur kanak-kanak) bagi tempahan anda.

Tempahan adalah diterima mengikut prinsip  ‘siapa cepat, dia dapat’.

Notis Covid-19: Sesi sukarelawan kini terbuka kepada semua individu, namun, jika anda mengalami simptom atau disahkan positif Covid-19, sila elakkan daripada menghadiri acara kami.

KategoriPelajarOrang Awam
Hari berkenaanRabu, JumaatSabtu
Masa8:00am-10:00am
10:30am-12:30pm
4:00pm-6:00pm
Bilangan maksima bagi setiap sesiTerhad kepada 30 orangTerhad kepada 30 orang
YuranPercumaPercuma
Tempahan diperlukanYaYa

Berapa harganya? Sesi sukarelawan untuk pelajar (tadika hingga universiti) dan orang awam adalah percuma. Bagi syarikat pula, yuran minimum dikenakan.

Untuk syarikat atau perbadanan yang ingin membuat tempahan dengan kami, sila klik sini untuk maklumat lanjut mengenai program korporat dan aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial korporat kami.

Bagaimana sekiranya hari hujan? Sekiranya hujan renyai, program akan berjalan seperti yang direncanakan kerana terdapat banyak tempat berteduh. Sekiranya ribut petir melanda (sesuatu yang sangat jarang berlaku), acara mungkin perlu dibatalkan.

E-mel pengurus program untuk menempah tarikh: tamantugu@freetreesociety.org

Lokasi

Aktiviti sukarelawan diadakan di Taman Tugu di Jalan Sultan Salahuddin.

Jika anda memandu sendiri atau menggunakan perkhidmatan e-hailing, tetapkan lokasi ke pintu masuk utama Taman Tugu. Minta diturunkan di pintu pagar dan berjalan ke deretan bangunan di dalamnya. Kami berada di kawasan berbumbung dengan meja dan kerusi logam, di antara tandas dan surau.

Tempat letak kenderaan ada disediakan di perkarangan Taman Tugu dan di tempat letak kereta Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) yang mengambil masa berjalan kaki yang singkat.

Sebagai alternatif, terdapat juga tempat letak kereta Padang Merbok atau Tempat Letak Kereta Bertingkat Lake Gardens. Berjalan kaki dari kedua-dua lokasi ini ke pintu masuk Taman Tugu mengambil masa sekitar 12 hingga 15 minit.

Program Pendidikan Alam Sekitar Taman Tugu-Free Tree Society ini ditaja oleh CIMB Islamic Bank Berhad.