Dapatkan #FreeTrees

FTS Giveaway Day at Bangsar Nursery

Terdapat beberapa cara untuk anda mendapatkan pokok percuma.

  • Ikuti kami di halaman media sosial untuk maklumat terkini mengenai pemberian pokok percuma!
  • Sertai hari pemberian pokok percuma atau daftar untuk menghadiri pemberian #freetree Rewild Malaysia!
  • Jadi sukarelawan bersama kami.
  • Tempah acara korporat dengan kami.

Anda juga boleh memohon #freetrees jika anda adalah:

  • Dari sebuah NGO; atau
  • Mengusahakan projek komuniti; atau
  • Dari rumah kanak-kanak.

Tujuan landskap? Harap maklum bahawa kerana fokus kami berkisar tentang pendidikan alam sekitar, kami tidak menyediakan perkhidmatan landskap atau tanaman untuk projek komersial. Pemilik rumah berhak mendapat 1-2 #freetrees pada acara pemberian.

Hari Pemberian

Dapatkan #freetree! Hari pemberian khas sepanjang tahun untuk membantu anda memulakan aktiviti berkebun di rumah! Setiap orang mendapat satu pokok percuma.

Semua hasil aktiviti penanaman kami adalah untuk hari pemberian – kami menyokong penduduk tempatan, sekolah, kebun komuniti dan anggota masyarakat lain. Matlamat kami adalah untuk berkongsi sebanyak mungkin tanaman untuk kepentingan alam sekitar. Kebiasaannya, kami mengadakan hari pemberian sempena peristiwa berkaitan dengan alam sekitar untuk menjadikan hari-hari ini lebih bermakna.

Bagaimana untuk menyertai Hari Pemberian? Langgan senarai mel kami untuk pemberitahuan tentang Giveaway Day. Kami menjalankan pelbagai acara sepanjang tahun!

Kampung roses with care sheet.

Belajar berkebun

Usah segan bertanya pasukan #freetree kami tentang cara-cara penjagaan untuk tanaman anda atau dapatkan maklumatnya menerusi rampaian penjagaan yang kami sediakan.

A bag of potting mix from the FTS pop-up shop.

Dapatkan lebih lagi

Kami juga selalu menjual pelbagai jenis baja semula jadi dan bahan penghalau makhluk perosak sewaktu hari acara. Kami memperoleh produk lestari bukan toksik ini dari sumber tempatan.

FTS vendor with kitten

Jadilah saudagar mesra alam

Sertailah acara kami sebagai vendor yang menjual barangan untuk menjana pendapatan untuk inisiatif kami. Para saudagar mesra alam boleh menghubungi kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang hal mendirikan gerai pada acara pemberian di Nurseri Bangsar kami.

Anjurkan Hari Pemberian #freetree

Hubungi pasukan kami di info@freetreesociety.org jika syarikat anda berminat untuk memberi #freetrees di acara anda. Kami mempunyai pakej korporat yang sesuai untuk pelbagai fokus samada sebagai hadiah korporat atau untuk menerajui matlamat komuniti yang mampan.

Dana Kelak Gelak

Dana Kelak Gelak adalah dana khas bagi tujuan menyediakan pokok buah-buahan yang matang secara percuma untuk rumah anak yatim dan tempat perlindungan kanak-kanak. Kelak Gelak yang membawa maksud ‘ketawa kemudian’ membolehkan si anak kecil menanam pokok pada masa kini dan menuai hasilnya kemudian hari. Pokok-pokok percuma dari dana ini menyediakan bekalan buah-buahan yang berterusan dengan mewujudkan kebun buah-buahan di tempat kanak-kanak ini membesar. Setiap pokok buah tut berharga lebih kurang RM30.

Sekiranya anda ingin memohon untuk pokok buah-buahan bagi rumah anak yatim dan tempat perlindungan kanak-kanak, sila lengkapkan borang di bawah.

NGO dan Projek Komuniti

Blue butterfly pea, also known as bunga telang

Sekiranya anda adalah sebuah NGO atau sedang mengusahakan projek komuniti seperti projek taman komuniti atau sekolah, kami berasa senang hati untuk memberi tanaman buat inisiatif anda! Sila lengkapkan borang di bawah.

YAnda akan ditanya tentang siapa anda, apakah projek yang dijalankan, di mana projek tersebut dilaksanakan, bila anda merancang untuk menanam, jenis tanaman yang diperlukan (dan berapa banyak). Hantarkan maklumat mengenai lokasi zon penanaman: ukuran, matahari penuh/separuh matahari. Harap maklum bahawa anda mungkin diminta untuk menghadiri sesi sukarelawan sebelum mendapatkan pokok percuma.

Anda mesti memohon sekurang-kurangnya 2 bulan lebih awal dari tarikh penanaman anda dan mengatur sendiri pengangkutan tumbuh-tumbuhan tersebut.

Langgan

Kalendar kami selalu dipenuhi dengan acara pemberian dan bengkel. Langgan senarai mel kami agar anda tidak ketinggalan!

Subscribe to our mailing list

* indicates required
What are you interested in?