Denai Pulai

Alami hutan bandar yang hanya beberapa minit dari pusat Kuala Lumpur

Traversing the Pulai Trail in Bukit Persekutuan.

Denai Pulai adalah salah satu kawasan hijau awam yang masih kekal di Bukit Persekutuan (juga dikenali sebagai Federal Hill). Denai ini adalah gelung 1km dengan pintu masuk utamanya di Jalan Negeri Sembilan. Free Tree Society telah giat memelihara denai ini yang dapat diakses dari kawasan kejiranan bersebelahan Bangsar dan Nurseri Bangsar kami untuk mendorong penghargaan terhadap potensi biodiversiti bandar dan pemuliharaan hutan bandar. 

Sebuah tinjauan pada tahun 2019 oleh Urban Biodiversity Initiative (UBI) menunjukkan adanya hidupan liar kecil seperti serangga (termasuk kunang-kunang dan 11 spesies rama-rama), 10 taksa labah-labah, kelawar insektivor dan katak pokok berbaris empat – spesies asli rantau Asia Tenggara. Tatkala usaha pemuliharaan kami yang aktif meningkatkan kepelbagaian tanaman di kawasan ini, kami telah dapat menyaksikan  impak yang berfaedah terhadap kepelbagaian hidupan liar dan telah merekodkan lebih banyak bilangan katak dan serangga khususnya.

Kami mengalu-alukan kumpulan-kumpulan yang berminat untuk turut serta dalam usaha memelihara denai ini dan menyumbang kepada pemuliharaan kawasan denai. Berminat? Teruskan membaca.

Muat turun buku kecil kami untuk membaca lebih lanjut tentang melindungi tempat yang berharga ini.

Aktiviti Berjadual

FTS menjalankan dua aktiviti mingguan bagi pemuliharaan dan pemeliharaan denai untuk Denai Pulai.

Kumpulan yang mengambil bahagian dalam aktiviti ini akan menelurusi Denai Pulai untuk mempelajari tentang pertumbuhan semula hutan bandar, memelihara denai dan menanam untuk biodiversiti. Aktiviti-aktiviti ini akan memakan masa selama 2 jam dan sesuai untuk mereka yang berusia 13 tahun ke atas.

Bagaimana Untuk Menempah Sesi Sukarelawan?

Sila baca semua maklumat mengenai kesukarelawanan ini sebelum menghantar e-mel kepada kami. Anda MESTI membuat tempahan awal untuk menjadi sukarelawan kerana tempat adalah terhad kepada 8 orang bagi setiap sesi. Sila klik butang oren di bawah dan hantarkan e-mel kepada kami dengan nama, butiran hubungan dan jumlah orang dewasa dan kanak-kanak (sila nyatakan umur kanak-kanak) bagi tempahan anda.

Tempahan adalah diterima mengikut prinsip  ‘siapa cepat, dia dapat’.

Notis Covid-19: Sesi sukarelawan kini terbuka kepada semua individu, namun, jika anda mengalami simptom atau disahkan positif Covid-19, sila elakkan daripada menghadiri acara kami.

ActivitiPlant the PulaiConserve The Pulai
Deskripsi– Penanaman Pokok
– Ceramah mengenai Biodiversiti Bandar
– Lawatan Berpandu
– Penyelenggaraan Jejak
– Ceramah mengenai Biodiversiti Bandar
– Lawatan Berpandu
– Penyelenggaraan Jejak
HariSelasaSabtu
Masa 9.00-11.00am 9.00-11.00am
Bil. maksima bagi setiap sesiTerhad kepada 8 orangTerhad kepada 8 orang
Tempahan diperlukanYaYa
KosPelajar: RM65 seorang
Orang Awam: RM65 seorang
Korporat: Klik sini
Pelajar: RM65 seorang
Orang Awam: RM65 seorang
Korporat: Klik sini
NotaKami menyarankan anda menjalani aktiviti sama ada di Nurseri Bangsar atau Taman Tugu sebelum menyertai aktiviti ini.Kami menyarankan anda menjalani aktiviti “Plant the Pulai” sebelum menyertai aktiviti ini.
CuacaSesi ini akan ditangguhkan sekiranya hujan kerana ia mungkin tidak selamat untuk memasuki denai.Sesi ini akan ditangguhkan sekiranya hujan kerana ia mungkin tidak selamat untuk memasuki denai.

Sumbangan akan disalurkan untuk tujuan penjagaan denai, tambahan tanaman untuk biodiversiti dan bagi menampung kos pemimpin jejak. Sebarang lebihan akan disalurkan kepada rundingan saintis dan pakar untuk membantu mendokumentasikan data mengenai flora dan fauna di Denai Pulai.

Titik pertemuan untuk aktiviti ini adalah di Nurseri Bangsar FTS yang terletak di Jalan Limau Purut. Kami menyediakan semua peralatan serta stesen air untuk pengisian semula air botol anda. Para sukarelawan disarankan untuk memakai pakaian longgar dan panjang dan kasut yang sesuai untuk kerja-kerja berkebun di luar. Adalah wajar bagi para sukarelawan untuk membawa ubat nyamuk, krim pelindung matahari, topi dan pakaian salinan. Payung atau ponco mungkin diperlukan.

Emel pengurus program kami untuk menempah hari sukarelawan: pulai@freetreesociety.org

Etos kehijauan dan kelestarian menjadi tunjang bagi setiap aktiviti kami. Apabila anda menghadiri diri, sila cuba:

  • Perjalanan Hijau – menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta
  • Urus Sisa Anda – kitar semula di lokasi, mengompos, mengamalkan sisa sifar
  • Makanan & Minuman – bawa botol air anda sendiri; jika membawa bekalan makanan sendiri, sila pertimbangkan untuk menjadi vegetarian/vegan dan pastikan tiada plastik sekali guna (misalnya: straw, kutleri dan air mineral).

Sebagai sebahagian daripada usaha sisa sifar kami, FTS tidak menerima hadiah/token seperti kemeja-T dan koleh. Walaupun kami menghargainya, pertimbangkanlah untuk membuat sumbangan buat program kami.

Peta Denai

Anda boleh mendaki denai ini pada bila-bila masa – kongsikan bersama kami perjalanan anda!

Pulai Trail map
Peta anggaran Denai Pulai. Titik merah adalah tapak semaian Nurseri Bangsar FTS dan titik hijau pula adalah pintu masuk jejak ini.

Sejarah Denai Pulai

Pada tahun 2016, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society) memulakan Urban Community Forest (UCF) dengan penglibatan komuniti tempatan dan NGO untuk melindungi kawasan hijau terakhir di Bukit Persekutuan. Inisiatif ini menjadi sebuah rangkaian komuniti dan organisasi yang mempunyai persamaan gaya fikiran pada tahun 2018. Sebagai sebahagian daripada rangkaian tersebut, Free Tree Society Kuala Lumpur (FTS) memimpin dalam pemeliharaan dan pemuliharaan Denai Pulai di Bukit Persekutuan, bersebelahan dengan Nurseri Bangsar kami. Kawasan denai ini adalah hutan sekunder berusia sekitar empat puluh hingga lima puluh tahun dengan tumbuh-tumbuhan yang berasal dari masa lalu tatkala ia adalah ladang getah. 

MNS mencatatkan sejumlah 53 spesies burung (termasuk migrasi dan tidak berhijrah) di kawasan keseluruhan Bukit Persekutuan – sesuatu yang mengagumkan. Antaranya, 34 spesies yang dilindungi sepenuhnya dan 3 spesies yang dilindungi oleh undang-undang. Penambahan spesies tumbuhan asli yang dilakukan dengan penuh berhati-berhati serta menurut nasihat pakar akan memberi sokongan kepada hidupan liar yang ada dan mendorong kepulangan spesies bermigrasi.

A Globba species at the Pulai Trail.

Sementara itu, pembangunan berskala besar yang akan datang yang melibatkan kira-kira 52 ekar tanah di sempadan selatan Bukit Persekutuan mengancam flora dan fauna di daerah tersebut. Dengan masih ramai lagi penduduk yang tidak mengetahui tentang kawasan hijau bandar ini, adalah mustahak bagi nilai Bukit Persekutuan sebagai hutan dalam pemulihan menjadi sebahagian daripada kesedaran masyarakat sebelum ia hilang. Dari empat denai hutan di Bukit Persekutuan, dua laluan tersebut dikendalikan secara aktif oleh MNS. Denai Pulai dan Denai Jungle Fowl yang berdekatan tidak digunakan selama bertahun-tahun. Masing-masing kini dihidupkan kembali oleh FTS dan MNS Selangor Flora Group.

Kawasan ini juga menyediakan perhubungan zon hijau unik yang membentang sepanjang Bukit Persekutuan ke Taman Botani Perdana (Lake Gardens) dan Taman Tugu. Kini ia dizonkan sebagai “kawasan hijau” (green space) tetapi tidak diwartakan. Statusnya dalam rancangan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2040 masih tidak jelas. Pelbagai organisasi sedang berusaha untuk memastik hutan Bukit Persekutuan diwartakan sebagai kawasan hijau yang dilindungi.

Free Tree Society kini sedang mencari dana untuk memulihara dan mengekalkan kawasan denai ini. Sekiranya anda berminat untuk menaja/membiayai pemuliharaan hutan bandar yang amat diperlukan ini, hantarkan e-mel kepada kami di pulai@freetreesociety.org.

Seeds of Entada spiralis at the Pulai Trail.