Rewild Malaysia

Mempromosi penanaman tumbuh-tumbuhan asli Malaysia untuk pemuliharaan dan penghayatan warisan alam semula jadi kita.

Red pagoda flowers with the FTS Bangsar nursery in the background.

Dengan penjunaman pantas keanekaragaman hayati dunia, Malaysia mempunyai 1059 spesies flora dan 683 spesies fauna yang diancami kepupusannya. Peluang penjagaan alamiah dalam ruangan urbanisasi untuk menwujudkan koridor ekologi asli adalah kritikal untuk pemuliharaan alam semula jadi dan kesihatan manusia sejagat dan planet.

Rewild Malaysia menangani biodiversiti bandar dari akar umbi, menghubungkan kepingan kawasan terbuka dan kebun rumah sehingga menjadi kawasan hijau besar dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan asli dan teknik hutan bandar, memperbesarkan impak litupan hijau berkumpulan.

Apa Yang Kami Lakukan

Di bawah program Rewild Malaysia, Free Tree Society memberi percuma pokok asli Malaysia dan mengadakan acara ceramah dan bengkel mengenali keunikan biodiversiti kita.

Rujuk kalendar di bawah untuk tarikh pemberian dan ikuti halaman media sosial kami untuk pengumuman terkini.

Anda boleh:

  • Menghadiri acara pemberian #freetree.
  • Menghadiri ceramah atau bengkel mengenali aspek-aspek biodiversiti urbanisasi yang kepelbagaian.

Ceramah/Bengkel Atas Talian

Ceramah atau bengkel atas talian untuk Rewild Malaysia disiarkan melalui Facebook Live di laman Facebook kami. Senarai tajuk yang telah dibincangkan termasuk:

  1. Urban Rewilding 101 bersama Carolyn Lau dari Free Tree Society
  2. Urban Gardens bersama Goh Shang Ming dari Urban Biodiversity Initiative
  3. Caterpillars: Dispelling Myths and Understanding Their Role in Urban Gardens bersama Ng Siu Wee dari Caterpillar Xchange [Malaysia]
  4. Rediscover Our Urban River bersama Affan Nasaruddin dari Water Warriors dan Inspirasi Kawa.
  5. Wild, Weird and Wonderful betas a Dr. Zi-Yang Chan, Phytochemist, pencinta alam dan pengumpul spesis flora eksotik.
  6. Bizzare Botany with Dr. Zi-Yang Chan, Phytochemist, pencinta alam dan pengumpul spesis flora eksotik.
  7. Creepy Crawlies Part 1 and Creepy Crawlies Part 2 with Dr. Zi-Yang Chan, Phytochemist, pencinta alam dan pengumpul spesis flora eksotik.
  8. The Dark Side of Plants : From Poison to Medicine Part 1 and Part 2 with Dr. Zi-Yang Chan, Phytochemist, pencinta alam dan pengumpul spesis flora eksotik.

Jika anda ingin menonton ceramah-ceramah ini, sila lakukan carian di halaman Facebook kami pada bila-bila masa.

Kami juga menganjurkan ceramah komuniti mengenai penanaman spesies asli, kepentingannya dan bagaimana anda boleh mengamalnya!

Untuk sebarang permintaan ceramah Rewild Malaysia sila e-mel kami di info@freetreesociety.org

Kalendar Acara

Rose myrtle (kemunting) flowers in bloom.

Memulakan Rewilding

Anda tidak perlukan sebuah hutan untuk menampung hidupan liar! Tanamlah kebun yang indah dan berfungsi untuk menyokong biodiversiti, menggalakkan kehidupan mampan dan mendorong individual sihat di mana-mana saja!

Petua untuk mewujudkan ruangan hijau yang biokepelbagaian:

  • Tanaman tempatan yang mempunyai madu bunga, buah atau biji adalah terbaik, contohnya senduduk (‎Melastoma malabathricum L), rhododendron, pokok palma asli, and simpoh air (Dillenia suffruticosa). Tumbuh-tumbuhan ini menampung populasi hidupan liar bandar dengan makanan yang diperlukan.
  • Pertimbangkan bukan saja bunga-bungaan untuk serangga yang memerlukan madu tetapi juga tumbuhan hos untuk memberi makanan kepada larva mereka, contohnya tumbuhan jenis milkweed dan limau.
  • Binalah kolam atau tempat mandian burung. Tumbuh-tumbuhan boleh ditambahkan ke dalam kolam untuk menggalakkan pepatung dan hidupan liar lain yang berfaedah. Penambahan ikan yang makan larva boleh mengawal jumlah nyamuk dan tinja ikan adalah baja semula jadi untuk tumbuhan air. Ambil maklum sesetengah tumbuhan air adalah invasif, jadi pastikan mereka tidak terlepas ke talian air dan longkang tempatan.
  • Tambahkan tempat perlindungan atau timbunan batu, timbunan kayu atau gantungkan kotak untuk hidupan liar kecil seperti serangga dan amfibia.
  • Jangan gunakan racun perosak toksik yang luas rangkuman (wide spectrum). Cuma gunakan kaedah kurang invasif seperti cairan cuka kayu sebagai penyingkir serangga.
  • Biarlah sedikit kebun anda liar!