Ceramah Alam Sekitar

Mulakan amalan gaya hidup hijau.

Baida Hercus presenting a talk on climate change at Taman Tugu.

Perbincangan secara langsung mengenai isu-isu alam sekitar dengan fokus terhadap perubahan iklim! Tempah slot dengan kami untuk penyampaian bagi kumpulan swasta dan korporat di mana kami akan berkongsi pengetahuan mengenai langkah-langkah awal yang perlu diambil ke arah kelestarian dan kemampuan menyesuaikan diri dalam menghadapi krisis iklim.

Untuk syarikat, klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang ceramah-ceramah alam sekitar kami yang tertumpu kepada korporat.

ApaCeramah umum kami adalah sebuah pembentangan selama 20-40 minit yang berlandaskan isu alam sekitar dengan tumpuan khusus kepada krisis iklim semasa. Kami menyarankan agar setiap sesi ceramah diperuntukkan slot selama 1 jam, di mana pembentangan akan berlangsung selama 40 minit penuh, diikuti dengan sesi soal jawab.
Pengambilan UtamaKrisis iklim merupakan ancaman terbesar dalam kehidupan kita pada masa kini dan inilah suatu masalah alam sekitar utama yang memberi kesan mendalam kepada kehidupan kita. Ia adalah penting untuk anda mempelajari bagaimana impaknya akan mempengaruhi anda dan cara hidup anda, perniagaan anda, negara anda dan planet anda. Penyampaian ini menghubungkan titik-titik untuk memberi anda perspektif gambaran yang luas.
Bila & Di ManaAnda Boleh:
Langgan senarai mel kami untuk mendapat makluman mengenai ceramah umum kami yang seterusnya;
E-mel untuk mengatur sesi peribadi bersemuka (hanya  di Lembah Klang) atau sesi dalam talian;
– Sekolah mesti menempah melalui program jangkauan On-the-Go kami.
Kos Seboleh-bolehnya, kami membentangkan sesi ceramah secara percuma kepada warga awam (percuma untuk golongan pelajar). Namun begitu, kami senantiasa mengalu-alukan sumbangan berjumlah RM 500 (ceramah atas talian)/ RM 700 (ceramah secara langsung di lokasi) untuk membantu menampung kos-kos pengendalian ceramah tersebut.

Sila lampirkan salinan slip deposit bank melalui e-mel untuk simpanan rekod serta pemberian resip dari kami. Pastikan anda juga mengumumkan dalam e-mel tersebut sekiranya sumbangan berkenaan adalah berkaitan dengan sebuah sesi pembentangan ceramah.
BagaimanaUntuk pembentangan ceramah secara langsung di lokasi, kami mengesyorkan agar pihak anda menyediakan skrin bersertakan projektor.
A view of the sky from Taman Tugu