Menggalakkan Gaya Hidup Hijau

Sebuah organisasi alam sekitar yang membawa kelainan dalam interaksi bersama planet kita. #AkrabDenganAlam

62,997

Pokok Diberi Percuma

Kepada para pemilik rumah, sekolah, komuniti, tempat perlindungan, tempat ibadah, pinggiran jalan dan hutan untuk habitat hidupan liar!

51,781

Penjaga Alam Sekitar

Melalui kempen kesedaran awam, bengkel peningkatan kemahiran, lawatan atau sesi sukarelawan – kami sentiasa dalam mod mendidik.

Sifar Bersih

Matlamat Kami sebagai Pembela

Kami beriltizam untuk melaksanakan usaha bagi mencapai keneutralan karbon melalui amalan kelestarian yang turut melibatkan perihal tenaga solar dan pengkomposan.

Planet Earth as seen from the North pole.

1 planet yang diselamatkan.

Usaha Kami

Projek dan inisiatif kami bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta memperkasakan komuniti untuk memelihara, memulihara dan menyelamatkan alam sekitar kita.

Bagaimana anda boleh belajar dengan kami.

Wajib Tahu Realiti Iklim
The Pulai Trail in Bukit Persekutuan

Pelajari sains di sebalik krisis iklim serta impak dan penyelesaiannya menerusi penerangan selama 30-45 minit yang berkesan. Bawalah ilmu ini ke mana sahaja.

Hari Pemberian Yang Mengujakan

#freetree diberi kepada pelbagai lapisan masyarakat! Berinteraksi dengan ahli FTS dan tingkatkan pengetahuan anda mengenai kehidupan mesra alam!

Mari Menanam Bersama Kami!

Tempah sesi di nurseri kami untuk pengalaman yang menarik. Selami keindahan tumbuhan menghijau, lakukan yang bermakna buat planet kita dan kukuhkan reputasi anda sebagai pelindung alam sekitar.

Menjadi Sukarelawan Adalah Langkah Pertama!

Bantu kami membantu anda membantu alam sekitar! Jadilah sebahagian daripada tujuan dan penyelesaian untuk mencapai kemenangan untuk semua.

Terdapat pelbagai cara untuk anda menjadi sukarelawan bersama kami. Amatlah penting bagi memastikan tumbuhan kami membesar dengan sihat! Kami sentiasa memerlukan pertolongan menanam serta tenaga kerja bagi hari pemberian #pokokpercuma dan acara-acara lain. Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan kemahiran bercucuk tanam atau kebolehan yang berkaitan, pertimbangkanlah menjadi sukarelawan yang mengajar dan melaksanakan bengkel bagi subjek berkenaan. Sekiranya anda mempunyai kemahiran teknikal atau pengalaman perniagaan, anda boleh membantu projek ibu pejabat seperti pengurusan laman web, kempen media sosial, penyelidikan dan lain-lain. Usah risau jika anda masih baharu. Kami sedia memberi tunjuk ajar.