Nurseri Bangsar

Di mana komuniti kita berkembang.

Dibuka pada pagi Selasa dan Sabtu sahaja.

Nurseri utama Free Tree Society iaitu Nurseri Bangsar bertapak di kawasan paru-paru hijau yang masih bertahan di lokasi kosmopolitan Bangsar, kesan peninggalan ladang getah lama dari era terdahulu dan tempat kelahiran masyarakat kini yang mencintakan alam yang amat penting.

Alam sekitar kita adalah keutamaan kami. Kami memberi penekanan agar segala aktiviti kami dilaksanakan dengan nilai kemampanan. Kami menggunakan baja dan bahan penghalau makhluk perosak semula jadi. Kami juga menuai air hujan bagi tujuan penyiraman tanaman di nurseri kami. Selain itu, kami membuat kompos dan vermikompos di lokasi kami.

Bangsal Penanaman

Bilik darjah, bengkel, tapak semaian untuk anak benih dan keratan kami, dan ruang pertemuan. Tempat belajar dan semangat komuniti yang luar biasa!

Stok #freetree

Pada setiap masa, FTS mempunyai lebih daripada 2,000 tanaman untuk diberi. Sebahagiannya dibiakkan dari tanaman induk di lokasi manakala yang lain ditanam oleh pekebun hos kami sendiri.

Kedai Pop-Up

Dilengkapi dengan pelbagai alat berkebun asas serta baja lestari dan semulajadi, bahan penghalau makhluk perosak dan bahan peminda tanah. Datanglah sewaktu masa sesi sukarela untuk membeli-belah.

Derma Untuk Lebih Tumbuhan

Tidak boleh sabar menanti hari pemberian? Marilah menjenguk dan melihat apa yang kami ada di nurseri kami. Dari tumbuhan succulent, pokok renek hingga ke pohon setinggi 3 kaki, kami mempunyai pelbagai jenis tanaman untuk anda bawa pulang dengan sumbangan RM5 bagi setiap satu.

Habitat Hidupan Liar

Pelajari tentang aktiviti mewujudkan habitat hidupan liar. Kami mempunyai pelbagai daripadanya di nurseri kami termasuklah kolam ini. Ianya sebuah penambahan yang indah untuk nurseri kami dan amat digemari oleh kanak-kanak yang datang melawat. Mereka gemar memerhatikan pepatung dan kehidupan air. Kumpulkan tanaman air, beberapa ikan dan berudu serta sedikit air kolam untuk memulakan kolam hidupan liar anda sendiri di rumah.

Jadi Sukarelawan di Nurseri

Apakah tugasan seorang sukarelawan?

Kami menjalankan sesi sukarela di Nurseri Bangsar pada hari Selasa dan Sabtu. Secara amnya, setiap sesi akan melibatkan pasukan Free Tree Society memimpin para sukarelawan menerusi:

  • Pengenalan kepada Free Tree Society dan lawatan ke Nurseri Bangsar
  • Ceramah Tentang Biodiversiti (Meliarkan Semula dan Habitat Hidupan Liar)
  • Ceramah Tentang Penyelesaian Alam Sekitar (Penuaian Air Hujan, Pengurusan Sisa dan Pengomposan, dan Perubahan Iklim)
  • Bengkel Penanaman (pencampuran tanah, pembiakan dan pemindahan tanaman)
  • Pengurusan Nurseri (penjagaan tanaman dan penyelenggaraan nurseri)

Program kami direka untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta untuk mewujudkan sebuah negara yang diterajui oleh Penjaga Alam Sekitar. Kami menyediakan semua peralatan. Para sukarelawan disarankan untuk memakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk kerja-kerja berkebun di luar. Adalah wajar bagi para sukarelawan untuk membawa ubat nyamuk, krim pelindung matahari, topi dan pakaian salinan. Payung atau ponco mungkin diperlukan.

Etos kehijauan dan kelestarian menjadi tunjang bagi setiap aktiviti. Apabila anda menghadiri nurseri kami, sila cuba:

  • Perjalanan Hijau – menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta
  • Urus Sisa Anda – kitar semula di lokasi, mengompos, mengamalkan sisa sifar
  • Makanan & Minuman – bawa botol air anda sendiri; jika membawa bekalan makanan sendiri, sila pertimbangkan untuk menjadi vegetarian/vegan dan pastikan tiada plastik sekali guna (misalnya: straw, kutleri dan air mineral).

Sebagai sebahagian daripada usaha sisa sifar kami, FTS tidak menerima hadiah/token seperti kemeja-T dan koleh. Walaupun kami menghargainya, pertimbangkanlah untuk membuat sumbangan buat program kami.

Bagaimana Untuk Menempah Sesi Sukarelawan?

Sila baca semua maklumat mengenai kesukarelawanan ini sebelum menghantar e-mel kepada kami. Anda MESTI membuat tempahan awal untuk menjadi sukarelawan kerana tempat adalah terhad kepada 20 orang bagi setiap sesi.

Sila klik butang oren di bawah dan hantarkan e-mel kepada kami dengan nama, butiran hubungan dan jumlah orang dewasa dan kanak-kanak (sila nyatakan umur kanak-kanak) bagi tempahan anda.

Notis Covid-19: Sesi sukarelawan kini terbuka kepada semua individu, namun, jika anda mengalami simptom atau disahkan positif Covid-19, sila elakkan daripada menghadiri acara kami.

HariSelasaSabtu
Masa9:30am-11:30am9:00am-12:00pm
Bilangan maksimaTerhad kepada 20 orangTerhad kepada 20 orang
Tempahan diperlukanYaYa

Sesi sukarelawan bagi orang awam adalah percuma. Anda akan bergabung dengan penduduk Malaysia serta pelawat untuk bersama-sama menghijaukan kota kita.

Untuk syarikat atau perbadanan yang ingin membuat tempahan dengan kami, klik sini untuk maklumat lanjut mengenai program korporat dan aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial korporat kami.

Tools at FTS Bangsar nursery

Bersedia untuk menjadi sukarelawan?

Sertailah kami pada satu atau dua pagi seminggu dan menjadi sebahagian daripada sesuatu yang istimewa. Dapatkan kepuasan dalam melakukan sesuatu kebaikan demi komuniti sambil menyelamatkan alam sekitar. Libatkan anak-anak anda juga.

E-mel pengurus program untuk memilih tarikh sukarelawan anda: bangsar@freetreesociety.org

Lokasi

Nurseri Bangsar kami terletak di Jalan Limau Purut, bertentangan dengan kondominium Bangsar Aman (tetapkan GPS anda ke lokasi ini). Waktu buka hanya pada hari Selasa dari jam 9:30 – 11:30 pagi dan Sabtu dari jam 9:00 pagi – 12:00 tengah hari.

Tempat letak kenderaan adalah terhad. Sila ambil maklum bahawa ini adalah kawasan perumahan dan pengunjung diharapkan untuk bersikap sopan dan bertimbang rasa: jangan meletakkan kenderaan di hadapan pintu kediaman atau menghalang aliran lalu lintas dan pastikan anda tidak membuat bising yang mengganggu penduduk sekitar.

Kami mendorong para sukarelawan dan pengunjung nurseri kami untuk menggunakan pengangkutan awam atau perkhidmatan e-hailing. Dari stesen MRT Pusat Damansara, naik bas T817 dan berhenti di premis no. 83 (perhentian kelima) di sepanjang Lorong Maarof. Dari situ, berjalan kaki ke taska. Sebagai alternatif, ambil laluan LRT Kelana Jaya ke stesen Bangsar dan berjalan kaki atau naik teksi ke nurseri kami.