Program Pendidikan Alam Sekitar Di Sekolah

FTS On-the-Go adalah program pendidikan alam sekitar yang bertujuan untuk mendekatkan golongan muda, dari umur 5 tahun hingga universiti dengan alam semula jadi melalui pelbagai aktiviti menarik. Program pendidikan kami direka khas dengan menggabungkan pengetahuan, sumber dan model pembelajaran secara praktikal yang disesuaikan mengikut peringkat umur.
Aktiviti interaktif seperti ini dapat mendorong mereka untuk lebih prihatin terhadap alam sekitar serta menjadi sebahagian daripada komuniti lestari.
Aktiviti
Berikut merupakan aktiviti yang ditawarkan beserta maklumat seperti had umur dan bilangan peserta bagi membantu anda membuat pilihan sesuai dengan keperluan sekolah.

Aktiviti Praktikal
Nota Penting: Aktiviti praktikal ini dilaksanakan dalam kumpulan yang kecil untuk memastikan kualiti dan penyertaan sama rata oleh setiap pelajar. Jumlah peserta dalam satu sesi perlu sekurang-kurangnya 15 orang, dan tidak melebihi 30 orang. Namun, anda boleh menempah beberapa sesi untuk memberi pengalaman kepada pelajar yang lain. Jumlah peserta akan dinilai berdasarkan permohonan kerana mungkin perlu disesuaikan bergantung pada umur peserta dan tempat tanaman.
Pokok dan peralatan akan disediakan.
Aktiviti dan Penerangan | Masa | Had Umur | Bilangan Pesertan |
Semaian Biji Benih Belajar mengenai biji benih, kepentingannya serta cara penanaman dan penjagaan dengan betul. | 45 minit | 4-9 tahun | Min 15 Maks 30 |
Habitat Haiwan Aktiviti interaktif untuk mengajar kanak-kanak mengenai kehidupan di taman kita dan kepentingan mereka! Dengan menggunakan ranting dan pasu lama, jom buat habitat mini untuk serangga dan haiwan kecil di halaman sekolah anda. | 60 minit | 4-9 tahun | Min 15 Maks 30 |
Tanaman Landskap Asah kemahiran berkebun sambil mengindahkan kawasan sekolah dengan tanaman hiasan. | 60 minit | 6 tahun ke atas | Min 15 Maks 30 |
Tanaman Laman Dapur Pelajari asas penanaman pokok herba, sayur dan buah serta cara penjagaannya untuk mendapatkan hasil yang baik. Pemakanan sihat bermula dari sini! | 60 minit | 6 tahun ke atas | Min 15 Maks 30 |



Ceramah Alam Sekitar
Aktiviti ceramah ini juga tersedia secara atas talian, namun jika sekolah anda berada di kawasan Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya, kami mengalukan jemputan anda untuk adakan ceramah secara semuka.
Ceramah tersedia di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.
Tajuk Ceramah | Masa | Had Umur | Bilangan Peserta |
Perubahan Iklim: Bumi Kita, Tanggungjawab Bersama Ketahui krisis yang sedang berlaku pada bumi kita! Pelajari lebih mendalam apa itu perubahan iklim dan langkah yang perlu diambil untuk mencapai masa depan lestari. | 60 minit | Sekolah Menengah Kolej/Uni | Min 20 |
Jangan Buang Sampah Sembarangan! Berapa banyak sampah kita hasilkan dan kemana ia pergi? Ketahui cara untuk mengurangkan sampah harian kita dan apa akan berlaku jika tidak diuruskan dengan betul. | 60 minit | Sekolah Rendah Sekolah Menengah Kolej/Uni | Min 20 |
Jom Hijaukan Bandar Kita Mengapa penanaman pokok di menjadikan kawasan bandar lebih baik? Penanaman pokok asli bukan sahaja bermanfaat untuk manusia, malah kepada biodiversiti di bandar. Pelajari bagaimana kita dapat membantu ekosistem setempat serta mewujudkan bandar yang lebih berdaya tahan. | 45 minit | Sekolah Rendah Sekolah Menengah Kolej/Uni | Min 20 |
Konservasi Hutan Hutan hujan Malaysia sangat kaya dengan kepelbagaian biodiversiti, termasuk perkhidmatan ekosistemnya yang menyokong kehidupan manusia. Ketahui kepentingan hutan, ancaman yang dihadapi dan tindakan kita untuk melindungi khazanah alam yang berharga kepada berjuta-juta kehidupan. | 40 minit | Sekolah Rendah Sekolah Menengah Kolej/Uni | Min 20 |

Jika anda seorang guru, sila klik butang di bawah dan isi borang tempahan.
Jika anda ahli korporat yang ingin menaja program On-the-Go program di sekolah, sila emel kepada onthego@freetreesociety.org
