Program Dalam Talian Untuk Orang Awam dan Korporat

A talk at Taman Tugu.

Ceramah

Program Pendidikan Alam Semula Jadi

Sebuah program ceramah percuma yang disediakan pada setiap hari Sabtu bermula pada jam 5pm ke 6pm, sertai kami untuk mempelajari cara-cara bagi anda membantu memelihara hutan, yang berfungsi sebagai paru-paru iaitu tunjang pernafasan planet kita! Masih belum terlewat untuk menyertai gerakan PEMULIHAN ini.

  • Belajar mengenai fungi penyerap karbon semula jadi sebagai kaedah penyelesaian untuk krisis iklim dan kepupusan besar-besaran ke-6.
  • Terokai hutan hujan tropika untuk memahami bagaimana ia berfungsi sebagai sebuah ekosistem, memantau isu ancaman  biodiversiti semasa, dan perbincangan mengenai tindakan yang boleh dilakukan untuk menambah baik ekologi bandar.

Anda akan meninggalkan sesi ini dengan mengetahui langkah dan tindakan yang sebenar dan pragmatik untuk dilakukan demi melestarikan dan memelihara khazanah alam sekitar yang berharga.

Ceramah ini akan mengambil masa selama 40 minit dan 20 minit tambahan diperuntukkan untuk sesi soal jawab.

Untuk mendaftar, sila lengkapkan butiran di Google Form yang relevan (sila ambil maklum bahawa pautan borang tidak akan disediakan ketika sesi tidak berjalan). Kami akan menghantar e-mel susulan dengan menyertakan pautan Zoom dalam tempoh masa 24  jam selepas pendaftaran. Pastikan anda mendaftar sebelum jam 4 petang pada hari sesi yang ingin anda sertai. 

Program Pendidikan Alam Semula Jadi dalam Talian Taman Tugu-Free Tree Society ini ditaja sepenuhnya oleh CIMB Islamic Bank.

Ceramah Alam Sekitar untuk Korporat

Tempah slot ceramah bersama-sama kami untuk sesi pembentangan bagi kumpulan sektor privasi dan korporat. Kami akan berkongsi mengenai langkah utama yang boleh dilakukan bagi persediaan menghadapi krisis iklim dan beralih ke arah melestarikan alam sekitar. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang telah kami laksanakan – hanya secara dalam talian. Ceramah ini merangkumi:

  • Aktiviti Berkebun dan Pengomposan (40 minit pembentangan dan 20 minit disarankan bagi sesi soal jawab)
  • Krisis Iklim (40 minit pembentangan dan 20 minit disarankan bagi sesi soal jawab)
  • Denai Pulai: Hutan Komuniti Bandar (40 minit pembentangan dan 20 minit disarankan bagi sesi soal jawab): Sebuah ceramah yang menyentuh isu ancaman biodiversiti, tanggungjawab masyarakat, dan langkah-langkah pemulihan hutan bandar yang disasarkan di Lembah Klang dengan menjadikan  Denai Pulai sebagai kawasan kes kajian di Kuala Lumpur.

Sumbangan minimum bagi setiap program berjumlah RM400 dan akan disalurkan kepada Free Tree Society Kuala Lumpur. Untuk membuat tempahan, sila hantar emel ke onthego@freetreesociety.org.

Bengkel

Ya, kami menjalankan bengkel secara maya! Bengkel secara dalam talian yang kami tawarkan ini merangkumi:

  • Aktiviti Berkebun 101 (Tempoh masa 40 minit)
  • Bengkel Pengomposan (Tempoh masa 30 minit)

Saiz kumpulan minimum ialah seramai 5 peserta – hantarkan e-mel ke onthego@freetreesociety.org untuk melakukan tempahan. 

Bengkel korporat akan dikenakan bayaran sebanyak RM400 bagi setiap program. Semasa Fasa ke-4 dalam Pelan Pemulihan Kebangsaan, peserta boleh memilih untuk mendapatkan kit penanaman dengan harga berjumlah RM35 (tidak termasuk kos penghantaran). Penghantaran kit penanaman kepada para peserta diuruskan oleh penganjur.